Euforia ESG dan ancaman segitiga penipuan

Putri Pertiwi
3 minit membaca
Featured image for: Euforia ESG dan ancaman segitiga penipuan

Piawai Alam Sekitar, Sosial, dan Pentadbiran (ESG) telah menjadi topik panas yang banyak dibincangkan oleh orang ramai, dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, jawatankuasa audit, forum pelabur, dan forum-forum lain di seluruh dunia. Pandemik yang mengajar pelajaran penting tentang kepentingan ekosistem yang mampan, adalah salah satu pemangkin yang menjadikan piawai ini diambil alih secara meluas oleh syarikat- syarikat dan mengubahnya menjadi satu strategi korporat yang penting. 

Secara asasnya, prinsip ESG bertujuan untuk menyelaraskan perniagaan dengan kelestarian alam sekitar dan sosial. Konsep-konsep yang kemudiannya diambili telah menjadi norma industri, dan ini menghasilkan pertukaran pelaburan yang sangat tinggi. 

Pelaburan yang berkaitan dengan ESG, contohnya, mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak $22.8 trilion pada tahun 2016, $30.6 trilion pada tahun 2018, dan $35 trilion pada tahun 2020. Dijangka bahawa pelaburan dalam skema ini akan melebihi $50 trilion pada tahun 2025. 

Ancaman penipuan 

Namun, walaupun dengan niat mulia, konsep ini tidak terlepas daripada risiko penipuan. Pelaksanaan ESG yang tidak betul meningkatkan kemungkinan risiko ini. 

Menurut Persatuan Kebangsaan Juruauit  Negeri, Penyimpan Kewangan and Bendahari (NASACT), kebanyakan individu boleh dipengaruhi untuk melakukan penipuan dalam keadaan yang betul.

Keadaan yang tepat di sini merujuk kepada kejadian tiga elemen dalam teori segitiga penipuan: motif atau tekanan, peluang, dan pembenaran. Grant Thornton menguraikan bagaimana teori “segitiga penipuan” berlaku dalam konteks ESG dalam kajian mereka “ESG and the Risks of Having Good Intentions.” 

Revolusi ESG yang mempengaruhi perniagaan global sedang mendorong syarikat-syarikat untuk menyelaraskan strategi mereka. Perubahan ini mempengaruhi bagaimana para eksekutif dimotivasi atau ditekan untuk mencapai sasaran prestasi ESG, yang menjadi permintaan pihak berkepentingan, terutamanya pelabur. 

Pada masa yang sama, walaupun trend penerimaan ESG agak pesat, pihak berkuasa yang berkaitan belum lagi menjana rangka kerja peraturan dan pelaporan yang seragam. Tanpa piawaian, peluang penipuan tetap wujub dalam laporan ESG bukan kewangan. 

Syarikat-syarikat, sebagai contoh, mungkin sengaja mengabaikan, memperlekehkan, atau mambina maklumat palsu dalam laporan mereka untuk memenuhi jangkaan pelabur. Walau bagaimanapun, kerana tiada piawaian pelaporan yang ditetapkan, sukar bagi pelabur untuk mengesan penipuan

Tekanan untuk memenuhi jankaan dan peluang untuk melakukan penipuan adalah mencukupi untuk memotivasi seseorang untuk membenarkan perbuatan yang salah. 

Satu contohnya adalah kes Hino. Daripada menghabiskan masa untuk meningkatkan kualiti produk mereka, pengeluar tersebut percaya bahawa memanipulasi hasil ujian pelepasan adalah pendekatan terbaik untuk memenuhi tempoh masa dan mematuhi piawai untuk kenderaan mesra alam. 

Mitigasi, kawalan dalaman yang kukuh 

Mengurangkan penipuan yang berkaitan dengan ESG adalah tugas yang mencabar bagi perniagaan. Bermula dengan penilaian risiko berdasarkan hipotesis segitiga penipuan adalah sesuatu yang dapat dipertimbangkan. 

Berdasarkan penilaian ini, syarikat-syarikat boleh mengambil tindakan untuk menguruskan risiko, seperti mencegah, mengesan, dan membetulkannya. 

Salah satu daripad langah-langkah ini, mengikut “Panduan Pengurusan Risiko Penipuan COSO/ACFE,” adalah meningkatkan kawalan dalaman.

Menguatkuasakan kawalan dalaman yang kukuh merupakan langkah penting dalam mencegah dan mengesan penipuan. Menurut Laporan ACFE kepada Negara-negara 2022, salah satu punca yang meluasnya  

penipuan dalam organisasi adalah kurangnya kawalan dalaman, yang menyumbang sekitar 29% daripada kes-kes penipuan. 

Penguatan kawalan dalaman yang konkrit, termasuk pelaksanaan sistem aduan (whistleblowing system), penapisan pembekal, penapisan latar belakang pekerja, dan instrumen pematuhan lain adalah penting. Syarikat boleh menguruskan langkah-langkah kawalan dalaman secara bebas. 

Langkah-langkah kawalan dalaman ini juga boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pematuhan (compliance services). Oleh kerana kemandirian (independence) adalah penting dalam mengurus kawalan dalaman, jadi bekerjasama dengan pihak lain yang tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat mungkin menjadi pilihan terbaik.

Integrity Asia telah dipercayai sebagai penyedia perkhidmatan pematuhan oleh pelanggan dari pelbagai latar belakang perniagaan selama lebih dari dua dekad. Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pematuhan.

Choose a platform to share this article. Links will open in a new window.